Khamis, 30 April 2009

Fletcher dan O'Shea - Cerita Tentang Pemain Pelengkap Pasukan



'Rooney,Ronaldo,Tevez'. Biasanya, korang akan dengar ulasan ini dari pengulas bila Manchester United meyerang pihak lawan. Walaubagaimanapun, pada perlawanan Liga Juara-Juara semalam (lawan Arsenal), pasangan yang kurang popular, Darren Fletcher dan John O'Shea yang menguasai padang.

Fletcher, yang sering dikaitkan tentang pemilihannya ke dalam pasukan oleh sebab Sir Alex juga adalah orang Scotland dipasangkan di bahagian tengah bersama Anderson dan Michael Carrick.

John O'Shea yang menyambut hari jadinya yang ke 28 hari ini telah mencuri perhatian dengan menjaringkan gol berharga yang akan dibawa ke Stadiun Emirates untuk perlawanan timbal balik.

Dua pemain ini mungkin tidak dapat main dalam perlawanan semalam jika tidak kerana senarai pemain yang cedera di bahagian tengah dan bek kanan. Fletcher adalah pemain pilihan kelima selepas Carrick, Hagreaves, Anderson, dan Scholes. Manakala, John O'Shea pula adalah pilihan keempat bagi bek kanan selepas Neville, Brown, dan Rafael (O'Shea sebenarnya boleh bermain di mana-mana posisi pertahanan)


Inilah sebenarnya kekuatan Manchester United (kelab mana yang ada 4 atau 5 pemain yang boleh diharap dalam satu posisi selain MU)

Jadi, apakah rahsia yang membuatkan Fletcher dan O'Shea untuk terus kekal bersama MU sebagai pemain skuad? Mungkin sebab dorang datang dari akademi MU dan perasaan setia terhadap kelab adalah sangat kuat.

Tapi kita juga boleh lihat pemain seperti Park Ji Sung yang datang jauh dari Korea dan datang ke England melalui PSV Eidhoven turut menunjukkan kesetiaan yang tak berbelah bagi - mungkin ini juga disebabkan faktor Sir Alex.

Artikel ini jelas menunjukkan setiap pemain Mu adalah penting kepada pasukan dari Ryan Giggs yang telah mencapai 800 perlawanan bersama MU hinggalah ke Darron Gibson yang baru saja merangkul piala pertamanya Mac lalu (Carling Cup)


Sumber: Goal.com

Introduksi




Blog ini akan menceritakan tentang perkara-perkara menarik mengenai kelab bola sepak paling popular dan antara yang terhebat di dunia. Blog ini unik dari blog-blog peminat Man Utd yang lain kerana penulis akan "cuba" menulis blog ini 100% dalam bahasa melayu. Selamat membaca!!