Rabu, 6 Mei 2009

Ada sesiapa yang boleh menghalang MU?

Manchester United hanya satu langkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas Cristiano ronaldo menerajui kemaraan Man Utd ke peringkat akhir.

Cuma kad merah yang diterima Fletcher yang mencacatkan kemenangan Man Utd ini. Namun, Sir Alex pasti akan membuat rayuan agar Fletcher tidak digantung perlawanan yang akan menyebabkan dia tidak dapat bermain pada peringkat akhir nanti.

AC Milan adalah pasukan terakhir yang mempertahankan kejuaraan Kelab-Kelab Eropah pada tahun 1989 dan 1990 tetapi tiada pasukan yang pernah mempertahankan kejuaran sejak kejohanan ditukar format ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1992.

Adakah pasukan ini akan terus berjaya? Apakah rahsia pasukan ini? Bagaimana Sir Alex dapat menghasilkan pasukan yang mengejar kejayaan demi kejayaan? Inilah Menchester United, kelab paling berjaya pada abad ke 21.

Ciao! jumpa di Rome nanti. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan