Jumaat, 1 Mei 2009

Tevez - akan terus jadi pemain MU paling diminati



Bila Carlos Tevez keluar dari padang pada pelawanan semalam, sorakan "Arg-en-tina" kedengaran. Yang menarik, sorakan itu lebih kuat dari sorakan untuk Ryan Giggs pada perlawanan yang ke-800 bagi dirinya. Kenapa penyokong MU akan terus meminati Tevez? Ia adalah kerana kerajinan dan semangat yang ada pada Tevez apabila dia berada di atas padang. Manchester United perlu menambah lagi 22 juta pound sterling untuk mendapatkan Tevez setelah 10 juta pound sterling digunakan selama 2 tahun untuk mendapatkan perkhidmatannya secara pinjaman. Mungkin musim ini adalah musim terakhir Tevez bersama United tetapi tiada siapa yang akan lupa pemain yang mempunyai semangat bermain bola sepak yang tinggi. Siapa yang akan lupa cubaan Tevez cuba merampas bola dari pihak lawan--dengan menggunakan kepala.

Source: Guardian Newspaper Limited

Tiada ulasan:

Catat Ulasan