Rabu, 20 Mei 2009

Ahad, 17 Mei 2009

18 sebab MU juara Liga musim ini

1. Kebangkitan Ryan Giggs
2. Kemunculan Kiko Macheda
3. Kehebatan Nemanja Vidic
4. Rekod "Clean sheet"
5. Cemerlang di Old Trafford
6. Hari yang boleh dilupakan
7. Hampir semua pemain menjaringkan gol (Rafael, Evans, Macheda, Wellbeck, Gibson, dan pemai-pemain senior)
8. Semangat sang juara
9. "The Fab Four" --- Roo, Ronny, Carlitos, Berba
10. Roket Ronaldo
11. Skuad yang besar
12. Pemain-pemain muda
13. Menang minit-minit akhir
14. Sorakan penyokong di Old Trafford
15. King "Comeback"
16. "Unsung heroes" --- Fletch, Park, O'shea etc.
17. pemain veteran
18. Sir Alex Ferguson

Sabtu, 16 Mei 2009

Keputusan 16/5/2009

Kamilah juara!!!

Kalaulah...

Rafa Benitez memberi alasan kalau dia ada Fernando Torres dan Steven Gerrard sepanjang musim, tentu Liverpool juara musim ini.

Ye ke Benitez?

Kalau camtu....kalaulah Ronaldo dan Rooney fit awal-awal musim, sah MU juara BPL lagi awal dari sekarang.

atau..

Kalaulah Owen Hagreaves dapat main untuk MU musim ni.

atau..

Kalaulah Guus Hiddink jadipengurus Chelsea dari awal musim atau Essien fit dari awal musim...mungkin Liverpool bukan naib juara sekarang.

atau..

Kalaulah Arsenal tidak kehilangan Gallas, Rosicky, Eduardo, Clichy, Walcott, Fabregas, van Persie pada masa-masa tertentu

atau..

Kalaulah benitez dapat menerima kegagalannya.

18 dalam tangan, seterusnya...19!!



Sabtu ini, Man Utd akan mengesahkan kejuaraan ke 18 Liga Perdana Inggeris. Paul Scholes akan mendapat pingat ke 8 bagi dirinya dan dia juga berkata pingat ke 9 bagi dirinya akan hadir tidak lama lagi.

Jumaat, 15 Mei 2009

Rahsia kejayaan Man Utd

Apa kata mereka?

"Mereka memiliki skuad yang besar" - Steve Bruce (Pengurus Wigan)

"Pemain-pemain mereka berpengalaman" - Gareth Southgate (Pengurus Middlesbrough)

"Hasil kerja keras pemain mereka" - Ricky Sbragia (Pengurus Sunderland)

"Kebolehan Sir Alex membangunkan satu lagi pasukan hebat" - Mark Hughes (Pengurus Man City)

"Sir Alex telah menanam budaya menang dalam diri pemain" - Sam Allerdeyce (Pengurus Blackburn)

Khamis, 14 Mei 2009

"Inilah sebab kami juara" - John O'Shea




"Keberanian dan komitmen semua pemain yang membuatkan kami juara"

Keputusan 13/5/2009

Ahad, 10 Mei 2009

Khamis, 7 Mei 2009

Laluan ke akhir Liga Juara-Juara Eropah

Peringkat Kumpulan

H vs Villareal (0-0)
A vs AaB Aalborg (0-3)-- Rooney, Berbatov, Berbatov
H vs Celtic (3-0) -- Berbatov, Berbatov, Rooney
A vs Celtic (1-1) -- Giggs
A vs Villareal (0-0)
H vs Aab Aalborg (2-2) -- Tevez, Rooney

Pusingan Kedua

A vs Internazionale (0-0)
H vs Internazionale (2-0) -- Vidic, Ronaldo

Suku Akhir
H vs FC Porto (2-2) -- Rooney, Tevez
A vs FC Porto (0-1) -- Ronaldo

Separuh Akhir
H vs Arsenal (1-0) -- O'Shea
A vs Arsenal (1-3) -- Park, Ronaldo, Ronaldo



Jumpa Barcelona di Rome

Rabu, 6 Mei 2009

Roket Ronaldo!!

Ada sesiapa yang boleh menghalang MU?

Manchester United hanya satu langkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas Cristiano ronaldo menerajui kemaraan Man Utd ke peringkat akhir.

Cuma kad merah yang diterima Fletcher yang mencacatkan kemenangan Man Utd ini. Namun, Sir Alex pasti akan membuat rayuan agar Fletcher tidak digantung perlawanan yang akan menyebabkan dia tidak dapat bermain pada peringkat akhir nanti.

AC Milan adalah pasukan terakhir yang mempertahankan kejuaraan Kelab-Kelab Eropah pada tahun 1989 dan 1990 tetapi tiada pasukan yang pernah mempertahankan kejuaran sejak kejohanan ditukar format ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1992.

Adakah pasukan ini akan terus berjaya? Apakah rahsia pasukan ini? Bagaimana Sir Alex dapat menghasilkan pasukan yang mengejar kejayaan demi kejayaan? Inilah Menchester United, kelab paling berjaya pada abad ke 21.

Ciao! jumpa di Rome nanti. =)

Keputusan 5/5/2009

Manchester United kekal kelab paling berjaya

Tadi aku baru dengar yang MU masih kekal di tangga teratas kelab paling berjaya di depan Barcelona, Chelsea dan Boca Juniors


Sekarang: MU 2 - 0 Arsenal

harap pemain-pemain dapat tumpu konsentrasi hingga ke minit terakhir dan Rooney, Tevez dan Evra perlu berhati-hati supaya tidak mendapat kad kuning.

Sir Alex juga mungkin akan menurunkan pemain muda selepas ini dan merehatkan pemain untuk perlawanan setempat menentang manchester city hujung minggu ini.

Selasa, 5 Mei 2009

Ronaldo dan bas "double-decker"nya



Ronaldo bercadang untuk membeli bas "London routemaster" dan mengubah bas itu supaya anak-anak saudaranya dapat bermain di dalam bas itu apabila mereka datang melawat dia.

Ronaldo juga berkata bas itu merupakan salah satu sebab kenapa dia datang ke England.

Manchester United bercadang untuk menaiktarafkan Old Trafford



Old Trafford mungkin menggantikan Wembley sebagai stadium terbesar di England. Tempat duduk di Old Trafford akan ditambah dari 76,000 ke 95,000.

Isnin, 4 Mei 2009

"Saya sayang pemain-pemain saya" - Sir Alex Ferguson




Alex Ferguson menyatakan yang hubungannya dengan pemain-pemain MU ibarat satu keluarga yang besar dan ini membuatkan beliau susah untuk berpisah dengan mereka.

"Saya suka bangun awal pagi dan pergi ke pusat latihan untuk bersama dengan pemain-pemain saya. Kualiti kepimpinan sangat diperlukan di Manchester United. Kamu juga perlu dihormati setiap pemain. Saat yang paling menyedihkan bagi saya ialah apabila perlu berpisah dengan pemain yang telah lama menyumbang jasa di MU. Tapi setiap perubahan ada sebabnya."

Pengurus MU ini juga merasakan perlawanan antara Mu dan Arsenal esok mungkin ditentukan dengan tendangan penalti.

Ahad, 3 Mei 2009

"Real Madrid bukan lagi impian saya" - Cristiano Ronaldo



"Saya tidak lagi memikirkan tentang Real Madrid", kata Cristiano Ronaldo kepada pihak media.

"Saya hanya memikirkan tentang Manchester United dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi dt Rome"

Minggu yang Menakjubkan Bagi Ryan Giggs



Pemain Terbaik 2008/2009 PFA, penampilan ke-800 untuk United dan menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Middlesbrough. Tahniah Ryan Giggs!!

Sabtu, 2 Mei 2009

Keputusan 2/5/2009

10 Pemain Terbaik Manchester United Sepanjang Zaman




10. Bryan Robson (tengah, 1981-1994)
"Kapten Marvel", 345 penampilan dalam liga, 74 gol, 2 juara liga, 3 FA Cup, 1 UEFA Cup dan duta global MU.

9. Roy Keane (tengah, 1993-2005)
323 penampilan dalam liga, 33 gol dan 66 penampilan bersama Ireland.

8. Cristiano Ronaldo (sayap, 2003-kini)
191 penampilan dalam liga, 81 gol, Pemain Terbaik Dunia 2008 dan 62 penampilan bersama Portugal

7. Duncan Edwards (sayap, 1953-1958)
151 penampilan dalam liga, 20 gol dan salah seorang mangsa dalam Tragedi Munich 1958.

6. Peter Schmeichel (penjaga gol, 1991-1999)
292 penampilan dalam liga, salah satu penjaga gol terbaik dunia dan membantu kejayaan Liga Juara-Juara 1999.

5. Ryan Giggs (sayap, 1990-kini)
558 penampilan dalam liga (800 penampilan MU), 102 gol, memenangi 10 kejuaraan liga dan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam setiap musim Liga Perdana England.

4. Eric Cantona (penyerang, 1992-1997)
144 penampilan dalam liga, 64 gol, "King Eric", 4 kejuaraan liga dalam 5 musim dan bersara pada umur 30 tahun.

3. Denis Law (penyerang, 1962-1973)
309 penampilan dalam liga, 171 gol dan selalu menjaringkan gol penting untuk MU.

2. Bobby Charlton (tengah dan penyerang, 1954-1973)
606 penampilan dalam liga, 199 gol dan kapten bagi England yang menjuarai Piala Dunia 1966.

1. George Best (sayap dan penyerang, 1963-1974)
361 penampilan dalam liga, 138 gol, 1968 Liga Juara-Juara Eropah dan Pemain Terbaik Eropah 1968.

sumber: dailymail.co.uk

Kemenangan berganda lagi?



Semua penyokong Manchester United percaya pada pasukan ini.

Jumaat, 1 Mei 2009

Tevez - akan terus jadi pemain MU paling diminati



Bila Carlos Tevez keluar dari padang pada pelawanan semalam, sorakan "Arg-en-tina" kedengaran. Yang menarik, sorakan itu lebih kuat dari sorakan untuk Ryan Giggs pada perlawanan yang ke-800 bagi dirinya. Kenapa penyokong MU akan terus meminati Tevez? Ia adalah kerana kerajinan dan semangat yang ada pada Tevez apabila dia berada di atas padang. Manchester United perlu menambah lagi 22 juta pound sterling untuk mendapatkan Tevez setelah 10 juta pound sterling digunakan selama 2 tahun untuk mendapatkan perkhidmatannya secara pinjaman. Mungkin musim ini adalah musim terakhir Tevez bersama United tetapi tiada siapa yang akan lupa pemain yang mempunyai semangat bermain bola sepak yang tinggi. Siapa yang akan lupa cubaan Tevez cuba merampas bola dari pihak lawan--dengan menggunakan kepala.

Source: Guardian Newspaper Limited

Rooney - "Lets Fifa 09"

Kaka - wujudkan pasukan impian




Sejak kebelakangan ini, Manchester United dikaitkan dengan bekas pemain terbaik dunia, Kaka. Jika perpindahan Kaka dapat direalisasikan dan Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo kekal di Man Utd, pasukan fantasi Manchester United dapat dibentuk.